
Pengenalan
- Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (NiCE) atau dahulu dikenali sebagai Sekolah Makmal ditubuhkan pada tahun 2013 berperanan untuk menjadi sebuah institusi yang mempelopori usaha pemodenan pendidikan berteraskan perspektif terkini yang lestari dan ideal. Selain itu, NiCE juga menjadi sebuah pusat yang menyediakan platform pendidikan yang dapat menhasilkan insan madani yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
- Melalui pembangunan Modul Pembelajaran yang ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pendekatan Neoterik (DSKPN) mengikut kluster disediakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semakan 2017 yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan konsep kemenjadian murid yang merupakan fokus utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi pendidikan prasekolah hingga lepas menengah dan Pendekatan Neoterik yang diperkenalkan oleh Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.