Peneraju Pemodenan Pedagogi Teknologi Inovasi Pendidikan

Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan UPSI berperanan sebagai pusat penyelidikan yang melaksanakan kajian berkualiti tinggi dalam usaha memodenkan pendidikan melalui integrasi teknologi, pedagogi dan dasar. Dengan menjalankan penyelidikan berimpak, pusat ini menyumbang pandangan bernilai untuk pembangunan kerangka, program dan intervensi pendidikan progresif. Kepercayaan yang diberikan dalam menerajui geran penyelidikan membuktikan kepakaran serta komitmen pusat ini dalam memperkaya ilmu demi kemajuan pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.

KURIKULUM PENDEKATAN NEOTERIK

Pendekatan Neoterik menerapkan beberapa elemen yang penting dari aspek struktur dan pelaksanaan seperti kluster pembelajaran, kompentensi teras iaitu kemahiran asas yang diukur bagi setiap subjek, 16 domain kemenjadian murid untuk melatakan prestasi murid, penjajaran konstruktif yang melatakan pencapaian standard pembelajaran ke atas kompetensi teras setiap subjek dan domain kemenjadian murid serta pentaksiran bilik darjah (PBD) berbantu teknologi untuk membantu guru dalam memahami prestasi murid menggunakan konsep analitik pembelajaran.

PERKHIDMATAN KAMI

SEKOLAH UPSI

KURSUS JANGKA PENDEK

PRODUK KAMI

HUBUNGI KAMI

Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan

Aras 1, Kompleks Penyelidikan & Inovasi,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah, Bandar Proton ,

35900 Tanjong Malim, Malaysia.

📩 Emel: lab.school@upsi.edu.my

📞 No.Tel: +605-450 7445/7450/7443/7374

MEDIA SOSIAL KAMI